Monday, September 26, 2011

majlis sambutan aidilfitri pentadbiran




Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinahsedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamumemiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikankedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


pada pagi ini, 27.09.2011 bertempat di perkarangan pejabat pentadbiran briged utara telah diadakan majlis sambutan aidilfitri yang turut dihadiri oleh komender briged utara dato' azman dan ajutan dsp wan hamzah. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh ustaz mohd razif (gambar kanan - tempat duduknya kosong ) dan kemudiannya jamuan ringkas aidilfitri.

semua staff pentadbiran hadir termasuk bekas ketua kerani,kak asmah ( gambar kiri baju koko) dan EO - executif officer puan hamidah (baju kuning ). Majlis berlangsung meriah tanpa alunan lagu - lagu yang boleh melalaikan. Alhamdulillah

latihan jasmani briged utara








Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas-nas berikut:-

1). Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat.

Firman Allah swt:“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)

2). Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (247 : al-Baqarah)

3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah.

Nabi saw bersabda:المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خيرMaksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)

4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:

مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.Maksudnya:“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”(Hr Bukhari – sahih)


5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)

Atas faktor - faktor inilah membuktikan islam tidak meminggirkan kesihatan tubuh badan. Ini bermakna islam amat mementingkan kekuatan jasmani disamping memantapkan rohani. Maka dengan itu, latihan jasmani yang dijadualkan seminggu sekali amatlah wajar diteruskan selaras dengan ajaran islam










program bersama batalion 18



tanggal 21.09.2011 merupakan tarikh yang akan dibukukan dalam kalendar baka kerana buat julung kalinya unit agama BAKA ibu pejabat briged utara mengadakan program bersama bn18 pengkalan hulu , perak. program ini pada mulanya dijadualkan lebih awal akan tetapi kerana masalah teknikal akhirnya ditunda pada tarikh ini. Inilah kerjasama pertama unit agama BAKA ibu pejabat dan bn18 kerana sebelum ini hanya sekali program bersama dapat dijalankan iaitu program penerangan AKPK yang dianjurkan oleh unit kaunseling.


ustaz shahzan sulaiman seorang penceramah bebas menjadi penceramah jemputan bagi program kali ini. Beliau merupakan penceramah yang aktif berceramah tentang masalah hati manusia. Malah kitab yang digunakan oleh ustaz shahzan untuk kebanyakkan kuliahnya adalah mukasyafah al qulub yang menerangkan soal hati manusia yang jarang untuk tawadhuk kepada ALLAH.


InsyaALLAH pada masa - masa akan datang Unit Agama BAKA akan lebih aktif untuk menganjurkan program - program yang membawa manfaat kepada warga PDRM khasnya , kerana amanah ini sentiasa terpikul selagi mana kita bergelar manusia yang diamanahkan oleh ALLAH untuk menjaga agama islam dan menyampaikan segala ilmu yang terkandung di dalamnya. Doakan yang terbaik. Assalamualikum

Monday, August 1, 2011

setahun dah....

assalamualaikum.....

setahun xpenah dok upload..kali ni mimpi pa tau nk bka...sorila genap setahun xtulih apa2...

tapi arini rasa nak tulih sesuatu... bab posa tahun nie...baka briged utara akan mgisi program ihya ramadhan dengan macam2 pengisian... so, rasanya lepaih raya kot baqu nk tulih balik kat blog nih

hero tersembunyi kem jati diri


inilah sebahagian daripada urusetia belakang tabir yang tidak ditonjolkan...tapi mereka benar2 ikhlas untuk menjayakan kem jati diri 2011 yang telah selamat diadakan di peranginan ulu chepor pada bulan jun lalu.....

pihak penganjur iaitu bahagian agama dan kaunseling briged utara merakamkan jutaan terima kasih kepada urusetia tersembunyi kita ini..kerana mereka tidak pernah merungut padahal kerja mereka adalah memastikan keselamatan kawasan kem sentiasa terpelihara...

terimakasih encik Mat and the gang

Saturday, July 31, 2010

fadhilat ramadhan

by BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA)



Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Hadith 3

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.”

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.”

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.”

dialog imam abu hanifah

mohd faizal bin mohamad

Imam Abu Hanifah pernah bercerita : Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Ulama-ulama Islam membiarkan saja, kecuali seorang, iaitu Hammad guru Abu Hanifah, oleh kerana itu dia segan bila bertemu dengannya.

Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun dia pun angkat berkata: "Katakan pendapat tuan!". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya:

Atheis : Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?
Abu Hanifah : Allah berfirman: "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"
Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya?, Pada tahun berapa Dia ada?
Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.
Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!
Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?
Atheis : Ya.
Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?
Atheis : Tidak ada angka (nol).
Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan hairan kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?

Atheis : Dimanakah Rabbmu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.
Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?
Atheis : Ya, sudah tentu.
Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.
Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!

Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Rabbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?
Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?
Atheis : Ya, pernah.
Abu Hanifah : Sebermula ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?
Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.
Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?
Atheis : Ya, masih ada.
Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?
Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.
Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!

Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?
Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?
Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.

Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.
Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktekkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.
Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?
Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.

"Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?" tanyak Atheis. "Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah. Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu". Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.


**Kisah ini didapati dalam dua versi yang berbeza sedikit, satu mengatakan Atheis dan yang lain mengatakanya ilmuan kafir, persoalan-persoalan yang dikemukakannya adalah hampir sama, lalu saya combine soalan-soalannya dan menyusunnya sekali.

Wednesday, July 28, 2010

rindu ramadhan.....

Oleh Dr Aminudin Mansor

2010/07/14

SETIAP bulan Islam mempunyai kelebihan seperti Syaaban yang penuh keberkatan dan kebaikan. Syaaban datang selepas Rejab sering dikaitkan sebagai bulan persediaan sementara menanti ketibaan Ramadan.

Umat Islam sentiasa menantikan ketibaan ketiga-tiga bulan yang mempunyai keistimewaan terutama hamba Allah yang sentiasa berusaha mencari keredaan Tuhannya dengan melakukan amal salih.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadan bulan umatku.” (Hadis riwayat Anas bin Malik)

Keghairahan umat Islam melaksanakan ibadat puasa sama ada sunat atau ganti pada Syaaban sering dikaitkan dengan kisah Nabi Muhammad SAW yang berpuasa pada Syaaban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah: “Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan pada Syaaban (selain bulan Ramadan); sesungguhnya Baginda SAW berpuasa sebulan penuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semakin hampir dengan Ramadan, semakin besar ujian dihadapi kerana bagi yang menyedari nikmat melaksanakan puasa sunat, kehadiran Syaaban dimanfaatkan sebagai bulan mempersiapkan diri untuk berpuasa selama sebulan.

Namun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjadikan Syaaban bulan berpesta makanan kerana memikirkan saat lapar dan dahaga yang bakal ditempuh sepanjang Ramadan apabila semua umat Islam diwajibkan menunaikan rukun Islam ketiga.
Usman Zaid menceritakan: “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada bulan lain seperti pada bulan (Syaaban) ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara Rejab dan Ramadan. Baginda menjawab: Ini adalah bulan segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya amat suka kiranya amalan diangkat ketika berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Untuk mendapatkan keredaan Allah, sewajarnya kita memperbanyakkan amalan seperti puasa bersedekah dan melakukan kebajikan digalakkan pada Syaaban supaya amal ibadat diterima Allah.

Walaupun umat Islam perlu meningkatkan keimanan kepada Allah setiap saat denyut nadinya, namun tidak dapat dielakkan, sebagai manusia yang lemah, sentiasa memerlukan suntikan semangat terutama dalam melakukan kebaikan.

Apabila ada panduan yang menaikkan semangat seperti amalan puasa Rasulullah SAW pada Rejab dan Syaaban, contoh murni itu menarik perhatian dengan niat mencari kesempurnaan iman.

Saidatina Aisyah turut menceritakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Selain amalan puasa, umat Islam digalak memperbanyakkan amalan malam seperti solat sunat kerana diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz memberitahu wakilnya di Basrah: “Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat-Nya seluas-luasnya iaitu malam pertama Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan Aidiladha.”

Selain amalan untuk diri sendiri, umat Islam sentiasa diingatkan memohon keampunan serta rahmat bagi ahli keluarga, saudara atau sahabat handai yang sudah meninggal dunia kerana kebaikan itu juga menyedarkan kita hakikat hidup di dunia hanya sementara.

Justeru, sementara ada masa dianugerahkan Allah, gunakan sebaiknya dan sentiasa mencari peluang mendalami ilmu agama supaya tidak ketinggalan mencapai rahmat Allah yang ada kalanya datang sekali saja.

smart study pmr 2010






program smart study untuk pelajar pmr telah dijalankan pada 24 dan 25 / 07 / 2010 bertempat di Dewan Latihan Briged Utara, program ini di anjurkan oleh Unit Kaunseling BAKA Ibu Pejabat Briged Utara, kesinambungan kepada program ini adalah pada 31/07/2010 dan 01/08/2010 bagi pelajar spm pula...

tahniah diucapkan kepada Cik Anis Hidayah dan Puan Wan Siti Mariyani yang merupakan tonggak bagi merealisasikan program yang amat bermanfaat ini.. tidak lupa barisan fasilitator yang mantap dan berkaliber...tahniah dan mudah - mudahan ALLAH memberi ganjaran dan juga usaha murni ini dteruskan pada masa - masa akan datang

Saturday, July 24, 2010

nisfu syaaban dan pemahaman ke masjid

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.Berkata Imam Ghazali:Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

**mgkin ada diantara kita yang hanya ke masjid pada malam nisfu syaaban..membaca yasin 3 kali, tetapi pada malam - malam yang lain tidak pergi ke masjid..inilah kesilapan dan pemahaman yang buruk terhadap malam - malam tertentu sahaja...pemahaman seperti ini harus dijauhi...akan tetapi jika malam..berjalanlah ke masjid pada bila - bila waktu kerana ganjaran ALLAH terlalu besar untuk dianugerahkan kepada sesiapa yang menimarahkan masjid**

Friday, July 23, 2010

cinta dan wanita

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."
~Rabiatul Adawiyah~


"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"

- nur atikah -

Thursday, July 22, 2010

mengapa perlu iktiraf hanya 4 mazhab

Pada zaman Baginda s.a.w. para sahabat berpandukan ajaran yang mereka dapat secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Dan selepas kewafatan Baginda s.a.w. ramai sahabat yang bertaqlid dengan pendapat mereka-mereka yang rapat dengan Bagida s.a.w. seperti khalifah rashidin, Ibnu Mas’ud dan lain-lain. Namun selepas tersebarnya agama ke seluruh pelusuk alam sahabat berhijrah ke tanah-tanah yang dijajah demi untuk mengajar kepada saudara-saudara baru mengenai Islam.

Mereka menyampaikan apa yang mereka lihat dan dengar sendiri dari Baginda s.a.w. Dan bermulalah zaman penyebaran hadis, dengan tabi’in mula mengembara dan berjumpa dengan para sahabat demi untuk mendapat ajaran sunnah Baginda s.a.w. Demikianlah juga pada zaman tabi’-tabi’in. Ketika itu taqlid terhadap individu tertentu sudahpun berlaku.

Penduduk madinah misalnya banyak bertaqlid dengan pendapat Zaid bin Thabit yang juga adalah penulis wahyu rasulullah s.a.w. Penduduk Basrah dan Kufah bergantung dengan pendapat Ibnu Mas’ud. Penduduk Syam bertaqlid dengan Muadz bin Jabal r.a dan penduduk Makkah dengan Ibnu Zubair r.a. begitulah halnya ummat ketika itu memahami bahawa kita perlu mengikut amalan mereka-mereka yang jauh memahami sunnah baginda s.a.w.

Selepas zaman sahabat sehinggalah abad ketiga hijrah memang terdapat ribuan mujtahidin seluruh dunia. Imam-imam mujtahid seperti Abu Hanifah, Hasan Basri, Sufyan Thauri, Sufyan bin Uyainah, Syafie, Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal, Awza’i, Ishaq bin Rahwayh/Rahuyah dan lain-lain adalah di antara mereka-mereka yang mempunyai ramai pengikut dan muqallid.

Namun selepas abad keempat hanya tinggal beberapa mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafii, Hanbali, Awza’i, dan Zahiri. Mazhab-mazhab lain semakin sedikit pengikutnya memandangkan empat mazhab ini menjadi ikutan di kota-kota utama dunia Islam ketika itu. Hanafi dan Hanbali di Iraq, Maliki di Andalusia dan Afrika, Syafie di tanah Parsi dan di Mesir, Awza’i di tanah Syam dan hanya sebilangan kecil Zahiriyyah iaitu mereka-mereka yang bertaqlid dengan Daud az-Zhahiri.

Selepas abad kelima Awza’i dan Zahiriyyah juga lenyap walaupun pendapat mereka dibukukan oleh pengikut-pengikut mereka. Dan kekallah empat mazhab sehingga ke hari ini kerana masih mempunyai pengikut dan tradisi ini diamalkan zaman-berzaman. Ummah sejak dulu hingga kini berasa selesa dengan bertaqlid kerana mereka sedar ketidakmampuan mereka dalam berijtihad.

Dalam tempoh ummah mula bertaqlid iaitu sejak abad ketiga hijrah hingga kini terdapat ramai ulama hadis yang lahir seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Baihaqi, Tahawi, Daruqutni dan lain-lain yang mana ilmu mereka dalam bidang hadis dan agama tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Namun mereka sendiri berasa selesa dengan bertaqlid akan para imam.

Sesungguhnya bertaqlid dengan imam seperti yang dilakukan oleh jumhur ummah dan ulama adalah sesuatu yang amat mustahak lebih-lebih lagi pada masa kini yang penuh dengan kejahilan dan kekufuran. Mereka sudah memudahkan urusan ummah dalam segala segi dan bidang. Memilih untuk berijtihad sendiri dan meninggalkan ajaran mereka yang jauh lebih hebat dari kita adalah sama seperti meninggalkan Mann dan Salwa hanya semata-mata demi untuk mendapatkan timun dan bawang.

Dan Allah ta’ala jualah yang Maha Mengetahui.

tentu arah kiblat

Umat Islam bukan sahaja boleh menggunakan matahari sebagai panduan arah kiblat malah bintang dan bulan juga boleh digunakan untuk tujuan tersebut dengan syarat mereka mengetahui caranya.

Dalam gugusan bintang, terdapat satu buruj yang dikenali sebagai Orion berkedudukan tiga berderet dengan jelas menunjukkan arah kiblat.

Pensyarah Kanan Jabatan Fizik, Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Zambri Zainuddin menjawab soalan ketika memberikan informasi tentang tatacara cerapan angkasa yang diadakan di Dataran Kemerdekaan dekat sini, malam semalam.

Dalam taklimat ringkas menggunakan alat audio visual itu, Prof Dr Zambri bercakap khusus tentang Penerokaan Cakerawala Melalui Sains Astronomi yang turut dihadiri Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menurutnya, program itu diadakan sempena sambutan 10 Tahun Falak Selangor dan Konvensyen Falak Selangor 2010 dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelmarin.

Warga Shah Alam khususnya mengambil peluang itu untuk mencerap angkasa dengan menggunakan tujuh teleskop yang berbagai saiz namun hanya berpeluang sekitar satu jam awal sahaja kerana keadaan malam yang diselimuti awan tebal melindungi bulan dan planet lain.

Memulakan ucapannya, Dr Zambri membaca surah Al-An'am ayat 97 bererti “Dan Dialah (Allah) yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu agar kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan malam di darat dan laut. Sesungguhnya Kami (Allah) telah jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui”.

Dalam pada itu, Dr Zambri juga menyatakan Falak Malaysia telah dapat mencipta satu rekod baru di mana berjaya merakam objek anak bulan Syaaban berusia 16 jam yang sebelum ini rekod 19 jam dipegang oleh warga Arab.

Sementara itu, ujarnya, astronomi memberi takrifan bintang ialah seunit jasad berjisim 0.08 hingga 200 kali jisim matahari yang dapat melakukan penghasilan tenaga melalui tindak balas nuklear secara lakuran (fussion reaction).

Menurut spektrumnya, bintang diklasifikasikan menjadi tujuh kelas utama yang mana ia turut menunjukkan suhu, warna dan komposisi kimia.

Bintang yang terdekat dengan bumi ialah matahari yang mana jarak puratanya 150 juta km (0.3 minit kelajuan cahaya) dan bintang terdekat dengan matahari pula ialah Proxima Centauri yang berjarak 35 X 10 kuasa 12 km (4 tahun cahaya).

Planet Marikh pula hampir sama dengan bumi di mana sistem masanya juga 24 jam 37 minit 22 saat namun suhu puratanya adalah 218K bersamaan -55 darjah celcius yang menyukarkan manusia hidup di sana.

Dr Zambri juga menyatakan terdapat sebuah Gunung Olympus di Marikh yang merupakan gunung tertinggi dalam sistem suria dengan ketinggian 24 km dan luas kawahnya pula 500 km sedangkan tinggi Gunung Everest di bumi hanya 8,848 meter.

Bercakap tentang Balai Cerap Astronomi di Unversiti Malaya, Dr Zambri berkata, UM merupakan satu-satunya universiti yang memiliki kemudahan astronomi dan fizik angkasa paling lengkap, terkini dan canggih di Malaysia.

Di dalam Kompleks Balai Cerap UM yang mula beroperasi pada 2005, terdapat Balai Cerap An-Najm untuk bintang dan Balai Cerap As-Syam untuk matahari.