Wednesday, October 21, 2009

sabarrr...baru dok tengah belajar nak handle blog

assalamualaikum..
ni hari kedua saya dok handle blog nie...payah la sikit jenis takdak tok guru nie
main belajar sendiri sendiri ja..saja nak try, kalau jadi alhamdulillah senang la sikit keja tu..kalau tak jadi xpa..nanti kita try lain bagi jadi jugak la kot mana pun

Tuesday, October 20, 2009

Salam Pengenalan Untuk Semua

"katakanlah wahai muhammad ALLAH itulah tuhan yang telah menciptakan kamu, dan mengadakan untuk kamu anggota pendengaran, penglihatan dan hati nurani tetapi (sayang) sedikit benar kamu bersyukur "

surah Al -Mulk ayat 23

Assalammualaikum........
bersyukur ke hadrat ALLAh tuhan empunya alam ini pada hari ni 20 oktober 2009 jam 15.55 maka blog BAKA sudah tercipta...
dengan kehadiran blog BAKA sudah pastilah akan memudahkan kita mencari atau menimba serba sedikit ilmu untuk sama sama kita menjadikan amalan yang akan di hisab oleh ALLAH di padang mahsyar kelak

tuan tuan dan puan puan..
dalam muqaddimah ayat diatas ALLAH telah menyatakan dengan terang lagi bersuluh bahawa terlalu sedikit manusia yang bersyukur di atas pemberian nikmat..berapa ramai yang menggunakan penglihatan untuk melihat kebesaran ALLAH? berapa ramai manusaia yang menggunakan hati mereka untuk sentiasa menginsafi diri supaya tidak terjerumus dalam lembah neraka yang begitu dahsyat siksaannya..berapa ramai antara kita yang menggunakan telinga untuk mendengar ayat-ayat ALLAH.. jawapannya sudah pastilah terlalu sedikit...

cuba kita fikirkan sejenak mesej yang hendak di sampaikan dalam ayat di atas.. rondalah seluruh kuliah ilmu dan kira berapa ramai umat islam sanggup tunggu mendengar kuliah yang tak sampai 2 jam tu... ronda tengok konsert... pusat-pusat karaoke dan hiburan..kedai kedai kopi..bandingkan jumlah mereka. ini sudah cukup membuktikan bahawa umat islam hari ini tidak kenal pencipta mereka...

maka marilah sama sama kita membimbing diri kita,anak isteri kita..orang orang bawahan kita untuk menjadi hamba yang bersyukur di atas pemberian nikmat..kerana ianya merupakan amanah yang akan di soal oleh ALLAH pada hari akhirat kelak..